raining

Saturday, February 11, 2012

Kelahiran yg bermakna....

Lahirnya kamu sudah tercatat di Luh Mahfuz,
11 Februari 1993,
lahirlah insan comel ke dunia di sambut
dengan rasa yang gembira dari kami semua..
hadirmu kurnia buat kami semua…
lahirnya insan yang sangat aku sayangi
hadirnya kau satu anugerah buat mak ayah
untuk melengkapkan lagi keluarga kita…
lahirnya kau melengkapkan diriku sebagai kakak…
kehadiranmu jua menjadi kita sekeluarga lebih erat…




tahun demi tahun kau membesar menjadi anak yang soleh..
telatahmu cukup menggembirakan kami,
kerenahmu yang memeningkan mak ayah serta kakak2 dan abangmu,
senda guraumu yang menghiburkan hati kami,
sabarmu cukup membuatkan aku kagum kerana
dikurniakan seorang adik sepertimu,
kau banyak bertolak ansur dengan kakak2 dan abangmu
sedangkan kau adalah yang bongsu,
kadang2 kau merajuk tapi kau diamkan,


tapi kini……
Banyak yang kau lalui demi mencapai redha-Nya…
Bukan senang untuk kita senang…
Perlukan mujahadah yang tinggi….
Kau sering ceritakan padaku tentang
Perkara yang menyerabutkan fikiran kau
Dan kita sama2 akan menangis….
Aku tahu kau merindui saat2 bersama ayah
rindukan kata2 nasihat darinya,
rindukan gurau sendanya,
rindukan senyumannya,
rindukan semua tentangnya…
Begitu jua dengan aku…
Tapi ketahuilah yang ayah sedang
di ‘sana’…
sama2lah kita doakan kebahagiaan buatnya…

kadang2 kita banyak berselisih pendapat
tapi kau lebih banyak diam…
aku rasa bersyukur dikurniakan adik
seperti kau…
Alhamdulillah
Terima Kasih Allah
atas kurniaan Kau ini…




Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim…
Kau berilah kebahagiaan dunia dan akhirat
buat insan yang amat aku sayangi ini…
Kasihanilah insan ini,
Berilah kejayaan buatnya dunia akhirat,
Rahmati dan berkatilah hidupnya,
Kau jadikanlah insan ini seorang
yang beriman, soleh dan musleh..
Kau sayangilah insan ini…

Buat adikku yang disayangi,
Ahmad Ihsan Bin Rosli,
Terima kasih kerana menjadi anak
yang soleh buat mak ayah,
Terima kasih kerana menjadi adik
buat kakakmu ini,
terima kasih kerana sering
membantu diri ini,
terima kasih untuk semua yang
telah kau lakukan untuk
our family…
Terima Kasih…
Selamat Ulangtahun Kelahiran  adikku sayang…^_^
Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya…
Semoga Berjaya dunia akhirat….
Semoga terus sukses dalam pelajaranmu…
Sama2 kita tunaikan hajat ayah ye..insyaAllah ^_^  

Monday, February 6, 2012

apalah nak jadi dunia sekarang....

TOLONG BACA KAWAN-KAWAN DAN SEBARKAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM TAK KIRA DIMANA BERADA.!!!!!!!!!


Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!

persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar...
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH

(Agama Islam)....
gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada'kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Allahua`ala `alam.
27 SEPTEMBER 2007

**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM

Thursday, January 19, 2012

Alhamdulillah...Terima Kasih Allah...I Love You Allah...^^

Alhamdulillah bersyukur kerana Allah masih beri aku peluang untuk terus hidup di atas muka bumi-NYA ini...Terima Kasih Allah...
18 Januari 2012 genaplah usiaku 21 tahun hidup di dunia ini menjadi anak kepada makku Rosnah Ismail & ayahku Rosli Osman..aku bersyukur kerana Allah masih beri aku peluang untuk menjalani kehidupan dengan sihat & alhamdulillah di kelilingi oleh orang2 yg menyayangiku...Alhamdulillah..Terima Kasih Allah..I LOVE U Allah....tahun ni merupakan tahun yg pertama aku tidak mendapat ucapan ulangtahunku dari insan yg bergelar 'ayah'..kerana di saat ini ayahku sedang bahagia di'sana'..memang sedih sangat...tahun lepas aku sambut dengan ayah atas katil dalam hospital sebab ayah kena tahan wad tapi ayah tetap nak rai aku..ayah suap aku makanan ayah..masyaAllah,hingga saat ini aku masih merasainya...aku tahu kalau kita rindukan orang yang dah tiada lebih elok sedekahkan al-Fatihah buatnya..aku tahu tu tapi x salahkan untuk rasa rindu tu ?? selama 20 thn aku hidup dengan ayah kemudian ayah telah meninggalkan kami buat selamanya..hingga saat kini aku rasakan seolah2 ayah masih ada...ya Allah, campakkan padaku sedikit kekuatan untuk terus melalui dugaan2 & ujian2 hidup...
errmmm.....cerita pasal lain la...hehe.....
aku sayang sangat kawan2 rumah sewa ak..mereka adalah Ummu Nadhirah, Nazahah Sya'irah, Nasriah, k.Norihan & 'Afifah...sebab apa aku sayang mereka...sebab selama 2 thn ni kami banyak bersama setelah 'terkeluar' dari asrama...hahaha....apa2 yg kami lakukan selalunya bersama..makan,tido,gurau2,main2,belajar,jalan ke kolej,balik dari kolej,gaduh(kdg2)hehe...mungkin tu yang membuatkan aku sayang sangat kt diorg nie...tapi x bermakna aku x sayang kawan2 lain ea..hehe...aku sayang semua kawan2 aku taw...^^....dan yang paling membuatkan aku sayang sangat kt diorang ni sebab sambut besday aku semalam (18hb jan),mulanya aku ingatkan mereka dah bosan nak buat pesat kat rumah je, tiba2 nak buat kat luar...(sejujurnya dlm hati ni,xnk d smbut sbb ayah xda)tapi kwn2 ku buat kejutan pulak...hehe...kami buat pesat di kedai Sim Pantai Timur Pengkalan Chepa...lps order makanan kami teruskan dengan pesat macam biasa la..n then lepas habis tu tiba2 kawanku Nad ( Ummu Nadhirah) pggl ak 'wyda, tu (smbil mmuncungkan mulutnya tunjuk d blkngku), aku pun pusing la..tgk2 ada pelayan kedai tu bawak kek..masyaAllah..terima kasih sgt2 kwn2ku....takat tu je nak cerita..haha...lebih2 x ley....
apa2 pun..buat semua kaum keluargaku, sahabat2ku sekalian Abim, Matri ,Ktd...
jazakumullah khairan kathira sy ucapkan atas ucapan & doa kalian..moga Allah merahmati kita semua...
ma ahabbakillazi ma ahbabtani lahu...^^

Saturday, January 7, 2012

Dalam suka ada duka...

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih di beri peluang untuk terus hidup dalam nikmat Iman dan Islam...Alhamdulillah....Ya Allah, andai aku banyak lalai dari mengingati-Mu, Kau ingatkanlah aku dengan janji2-Mu...andai aku banyak berdusta dengan nikmat yang Kau kurniakan padaku..ampunkanlah aku ya Allah...sesungguhnya terlalu banyak nikmat2-Mu yang aku tidak syukuri...Ya Allah..terima kasih ya Allah atas segala nikmat2 yang telah Kau kurniakan padaku...ampunkanlah dosa2ku....Alhamdulillah...terima kasih Allah...I Love U Allah....
Alhamdulillah hari ni Allah pilih aku dan rakan2 untuk mengikuti satu seminar transformasi iaitu Seminar Mahasiswa Cemerlang di kolejku yang di sampaikan oleh Saudara Nor Naemi Bin Mohd Som & Zainon @ lebih di kenali sebagai Alang Naemi...buat pertama kalinya aku merasakan ceramah yang benar2 berkesan dan menyentuh hatiku..ntahla, mungkin sebelum ni hatiku keras agaknya...huhu...ya Allah..dalam ceramahnya banyak menyentuh tentang ibu bapa, hatiku bertambah sedih apabila mengenangkan ayahku tambahan lagi hari ini 7hb Jan adalah ulangtahun kelahiran ayahku...masyaAllah pedihnya menahan hati apabila di sebutkan tentang ayah...apabila seorang juniorku Bazilah Suhaimi berkongsi tentang ibunya yang telah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam otak pada 2004 sedikit sebanyak menyentuh hatiku..hanya yang pernah merasai sahaja akan memahaminya...berbalik kepada ceramah tadi...slot kami hanya santai2 sahaja kerana pemberi motivasi tersebut tidak mahu skema2 katanya...hehe...nak kami panggil abang pulak tu...aduhh..macam2 betul la...hehe...walaupon santai2 tapi ia amat berkesan kepada hati2 yang ingin kepada perubahan seperti katanya 'APA YANG PENTING ADALAH KITA NAK'...kalau kita inginkan kejayaan sudah semestinya la kita lakukan  perubahan kan dalam hidup kita...katanya lagi 'APA YANG SAYA FIKIR, SAYA CAKAP, SAYA RASA, SAYA BUAT PASTI AKAN JADI'...apa2 yang kita inginkan dalam hidup akan kita dapat jika kita betul2 inginkannya...sebagai contoh, jika kita inginkan kejayaan, kita pasti akan dapat sekiranya kita bersungguh-sungguh dalam belajar dan sentiasa positif terhadap semua dugaan dan ujian yang datang...








Jika kita ingin berjaya dalam hidup jangan sesekali abaikan hak2 Allah...tunaikan hak2 Allah dahulu...kejayaan kita datang daripada Allah...kan....ingatlah Allah di masa susah dan Allah akan ingat kamu di masa senan...realiti kini, bila senang jarang sangat nak ingat Allah tapi bila tengah sedih baru nak ingat Allah...alangkah sombongnya kita denganNya...kejayaan hanya datang daripada Allah untuk hamba2-Nya yang beriman..oleh itu jangan sekali2 kita bergantung harap pada yang lain selain daripada Allah....Kalau orang yang ada ikatan dengan Allah hendaklah dia berSOLAT sedangakn ikatan dengan Nabi S.A.W hendaklah dia berSELAWAT...perbanyakkanlah berselawat ke atas junjungan besar kita iaitu baginda Rasulullah S.A.W. yang banyak berkorban untuk menyampaikan dan menyebarkan Islam pada kita...kalau kita ingat/selawat ke atas Nabi S.A.W 1 kali  Allah dan Malaikat akan ingat kita 10 kali..hebatkan...jadi marilah kita sama2 berselawat ke atas Nabi S.A.W...

Antara lain kata-kata yang saya dapat dari ceramah tadi...'THE MORE YOU GIVE, MORE YOU GET'...so, apalagi, rebutlah peluang untuk terus beramal dalam menyebarkan lagi ilmu2 yang kita ada pada rakan2 kita...REMEMBER!!! JANGAN KEDEKUT ILMU...




Khatimahnya, dalam kita nak memotivasikan diri, kita hendaklah:
1- Nak - betul2 nakkan sesuatu tersebut...insyaAllah Dia akan bagi...
2- Minta izin dengan Allah + Tq Allah...minta izin pada Allah dahulu sebelum melakukan apa2 perkara pon..dan sesudah tu ucapkanlah terima kasih Allah...
3- Tak boleh sorang ( mesti dalam jemaah )... kalau nak berjaya kita kena berada di dalam jemaah...

Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini dapat menjadikan rakan2 semua lebih termotivasi...insyaAllah...


Next story....^^

Hari nie besday ayah...rindu sangat2 kat ayah...kalau la ayah ada depan mata aku, aku nak sangat peluk ayah,cium ayah...tapi aku tahu tu semua takkan terjadi kerana kami dah terpisah jauh..ayah dah berada din alam lain...dan insyaAllah ayah lebih bahagia di sana...
hari ni 7hb Jan 2012 genap umur ayah 52 tahun, muda lagi kan..hehe...ramai orang kata ayah meninggal muda..insyaAllah ayah akan terus muda...^^...pedihnya menahan rindu pada yang telah tiada, rasa bagai disiat2 hati ni rindukan ayah..ya Allah berilah kekuatan dan ketabahan padaku...
Esok pulak 8hb Jan besday mak..ayah dan mak hanya beza sehari je...hehe....7hb & 8 hb Jan 1960...^^
Dahla waktu seminar tadi banyak sentuh pasal mak ayah, lagi la aku lemah...huhu...makin kuat ingatan aku pada ayah...dah 4 bulan ayah tinggalkan kami semua tapi rasa macam baru semalam je aku tengok ayah kat katil hospital, pegang tangan ayah, cium pipi ayah, cakap2 dengan ayah walaupon masa tu ayah dah tak respon pada aku..masyaAllah..tak kuatnya aku tika nie... T_T ...
Ya Allah..jadikanlah aku anak yang solehah agar aku dapat terus mendoakan kesejahteraan ayahku di alam sana, agar aku dapat berbakti pada ibuku yang masih ada ini...kuatkan hatiku untuk menghadapi semua ini tanpa ayah...ampunkanlah dosa2 mak ayahku...ampunkanlah dosa2ku...AMINN....

buat kaum keluargaku,sahabat2,rakan blogger,followersku..sama2lah kita sedekahkan AL-FATIHAH pada mereka2 yang telah pergi dahulu.....AL-FATIHAH.....

Jazakallah khair pada sesiapa yang sudi baca blog nie....semoga Allah merahmati dan melindungi kalian semua...AMINN....

Thursday, December 29, 2011

Cara Mengurus Kemarahan


Bagaimanakah perasaan anda hari ini? Adakah anda rasa marah? Gembira? Murung? Kecewa? Takut? Bersalah? Tersinggung? Hormat? Bertanggungjawab? Bolehkah anda mengenalpasti dengan tepat apa yang anda rasa? Bolehkah anda cari perkataan-perkataan lain untuk mencerminkan apa yang anda rasa? Kini manusai telah cipta lebih daripada 2000 perkataan untuk menerangkan jenis-jenis perasaan yang dialaminya. Kefahaman tentang tiap-tiap perkataan mengenai perasaan iaitu emosi manusia penting untuk mengenali perasaan sendiri dan perasaan orang lain.


CARA MENGURUS KEMARAHAN

1. Memahami apa yang mencetusnya serta manfaat jangka pendeknya.

Kita perlu memahami dan mengenalpasti pencetus-pencetus yang boleh jadikan kita hilang akal seperti kata-kata tertentu orang, tabiat orang, tidak bertoleransi dan sebagainya. Manfaat atau kebaikan yang boleh didapati daripada pelepasan kemarahan kita ialah mungkin seperti berikut: a) Saya rasa lega
b) Orang mendengar saya
c) Rasa seperti diri sebenar lepas marah
d) Jika tidak marah saya akan menangis sahaja
e) Melaui kemarahan orang tahu pendirian mereka
f) Kemarahan menghilangkan perasaan takut
g) Jika saya tak marah orang akan fikir saya lemah

Manfaat-manfaat kemarahan ini adalah jangka pendek sahaja. Sebenarnya ia boleh dicapai melalui cara lain yang lebih asertif. Melepaskan kemarahan membawa berkat yang sementara sahaja. Pada jangka panjang ia akan menjejaskan perhubungan kita.



2. Belajar menenangkan diri dalam situasi genting.


Bila perasaan marah timbul kita boleh
a) Gantinya dengan aktiviti lain seperti memandang pada benda dan bukan orang, memikir tentang apa yang kita lakukan pada hari ini atau menerangkan suasana bilik kepada diri sendiri atau membilang sampai 10.
b) Mengelakkan melalui atau meninggalkan tempat itu atau minta diri untuk berfikir
c) Menukarkan ritma otak seperti mendengar muzik atau lakukan senaman
d) Guna teknik relaks seperti menarik dan menahan nafas selama 5 saat
e) Kecut dan regangkan otot selama 5 saat
f) Urut bahagian dada dan perut
g) Ubah cara duduk dan regangkan bahu
h) Berimaginasi tentang pemandangan yang tenang atau yang neutral atau ketawa pada diri sendiri kerana situasi itu

3. Belajar cara atau strategi untuk mengelak kemarahan kelak
a) Mengenalpasti samada kemarahan kita itu sihat atau tak sihat iaitu membina atau destruktif
b) Elak daripada menggunakan dadah atau alcohol untuk melupakan sesuatu
c) Baca dan menambahkan ilmu tentang pengurusan kemarahan
d) Bincang dengan orang lain yang berjaya menguruskan kemarahan mereka
e) Ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat dan kurang stress
f) Sentiasa menahan dan mencabar setiap pemikiran yang membawa kemarahan
g) Sedari tentang kemarahan yang tersembunyi dalam sindiran atau perli
h) Belajar menjadi lebih asertif atau hadiri kursus untuk menambah kemahiran asertif
i) Meneliti segala punca kemarahan dari dahulu
j) Berbincang dengan kaunselor atau pakar psikologi
k) Menghadiri kursus mengurus kemarahan

Mengikut pakar psikologi marah adalah emosi sekunder. Di belakang emosi marah ini terdapat emosi primer seperti keresahan, duka, hampa, kehilangan, takut dan sebagainya yang terbit kerana sesuatu keperluan tidak diselesai atau dicapai. Sebenarnya kemarahan ini menjejaskan peluang kita untuk mencapai sesuatu keperluan itu. Bila kita dapat mengenalpasti keperluan-keperluan ini kita dapat berusaha untuk mencapainya dan dengan itu kemarahan dapat dikawal atau diurus dengan sihat. Emosi marah adalah satu fenomena rasional yang berlaku di otak kiri kita. Untuk mengurusnya kita perlu menggunakan kedua-dua bahagian otak, khasnya otak kanan dan bahagian lain otak berkenaan dengan emosi untuk mengecam dan sedar bila perasaan marah muncul. Dengan demikian kita dapat menangani kemarahan dengan cepat dan mengekalkan ketenangan kita.
semoga bermanfaat ^_^


Wednesday, December 14, 2011

Bila yg tersayang meninggalkan kita.....

bila kita dah mula sayangkan seseorang semestinya kita ingin lihat dia bahagia walaupun dengan orang lain...kn3..
tapi adakah kita redha dengan semua itu ???
kalau aku...ermmm...ntahla berat untuk nak ku katakan tentang tu kerana aku belum bersedia untuk di tinggalkan kerana ditinggalkan sangat2 sakit rasanya....3 bulan lepas aku baru saja ditinggalkan oleh seseorang yang sangat aku kasihi, sayangi, cintai..pemergiaannya meragut ketenangan dalam hidupku...separuh dari hidupku turut di bawa pergi tetapi adakah dengan bersedih dia akan kembali..tidak sama sekali...aku tahu aku tidak patut terus bersedih tetapi kadang2 perasaan tu datang jugak dalam diri ini... hanya yang pernah mengalaminya saja yang faham apa aku rasa....
ya Allah berat rasanya nak tanggung perasaan rindu ini pada 'dia'...nak sangat peluk dia macam selalu, nak tengok senyumannya, gurau sendanya, nak dengar nasihatnya, tegurannya....ya Allah jadikan rinduku ini sebagai jambatan penghubung antara aku dan 'dia'...

Ayah...
pergimu tiada pengganti
hingga kini masih hangat kasih sayangmu
dalam hatiku...
Ayah...
pergimu membawa pulang amanah
yang akan dipersoalkan di hadapanNya kelak..
Ayah...
ida rindukan ayah sangat2
nak sangat peluk ayah macam selalu
tapi ida tahu tu semua xkan berlaku
hanya dalam mimpi saja ida dapat peluk ayah...
hanya dalam mimipi ida dapat berjumpa ayah
dapat dengar suara ayah..
Ayah...
seksanya tanggung rindu nie sorang2...huhu
kalau ada masalah selalunya ayah yang banyak tolong
tapi sekarang..ida kena selesaikan sendiri...:'(
Ayah...
result sem 5 baik tapi ida x dapat tunjukkan pada ayah
ida jeles tengok kawan2 lain tepon ayah diorg ..ida nak tepon sapa,
selalunya ida akan tepon ayah dulu bagitahu result tapi kali nie...ermm:'(
Ayah...
tahun depan k.nah nak kawen dah tapi ayah x sempat tengok..
lepas tu nanti amad pulak..sedih sangat sebab ayah x sempat nak
nikahkan k.nah & ida...nanti bila semua dah pakat2 kawen sapa nak jaga mak ??
ida x kan tinggalkan KEDAH sebab ida nak duduk dekat dengan ayah & mak...
Ayah...
ni sem last ida tapi macam x semangat nak belajar sebab ayah xda tapi ida tahu ida
tetap kena habiskan jugak sebab ni adalah hajat ayah nak tengok ida dengan ihsan
amik bidang agama...insyaAllah ida & ihsan akan teruskan hajat ayah tu...
Ayah...
kami semua rindukan ayah...
kami semua sayangkan ayah...
kami semua xkn lupakan ayah...
semoga Allah pertemukan lagi kita di sana kelak...

Saturday, December 3, 2011

100 hari berlalu....

begitu pantas masa berlalu..pejam celik dah 100 hari ayah tinggalkan kami semua...sangat2 merinduinya....serasa seperti baru kelmarin dia bergurau senda bersama kami tapi kini hanya tinggal kenangan yang tak kan dilupakan buat selamanya...sangat2 merindui untuk memanggil seseorang yang di panggil 'AYAH', dah lama tak panggil begitu...rindu suara ayah, teguran ayah, nasihat ayah, gurau senda ayah, rindu telatah ayah waktu ayah sakit yang ajak teman dia makan sambil2 sembang bersamanya tapi kini hanya doa yang dapat aku kirimkan tatkala rindu menjelma...apabila melihat depan mata sendiri saat sakaratul mautnya membuatkan aku masih teringat sampai sekarang bagaimana tenangnya ayahku di jemput...sesungguhnya dia adalah insan yang bertuah,ayah adalah insan yang berhati mulia,pemurah & peramah, tidak suka marah2, sangat mengambil berat akan hal keluarganya, sangat aktif dalam dakwah & tarbiyyahnya hinggalah akhir hayatnya...subhanallah..bagaimanakah kesudahan aku kelak ?? Iman tak dapat di warisi, jika ayahku adalah seorang yang sangat aktif dalam kerja2 dakwahnya tapi tak semestinya anak2nya juga begitu...moga kami anak2nya dapat menjejak langkahnya untuk bergiat aktif dalam kerja2 dakwah nie...ya Allah Kau jadikanlah kami anak2nya yang dapat terus mendoakannya untuk kesejahteraannya di alam san, bahagiakanlah dia di sana, jadikanlah dia salah seorang penghuni syurgaMU, tempatkan dia bersama orang2 yang soleh & beriman...aku redha ya Allah dengan pemergiaannya jika itu yang terbaik buatnya.....




18 jan 2011 ayah admitted Hospital Pantai Penang..rindu senyuman tue...:(

18 jan 2011 my birthday in hospital with ayah..suapan  terakhir ayah sempena birhday aku





ayah with auni first cucu sedara tp ayah xsempat tgk auni besar

raya 2010, gmbr raya terakhir with ayah...










ya Allah moga ayah beroleh syurgaMU di atas segala kebaikan yang telah dia lakukan sepanjang hidupnya...AMIN..