raining

Friday, December 31, 2010

Coretan hati seorang yang bergelar MUSLIMAH.....

sedikit perkongsian yang saya suka untuk membacanya....

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. ..

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkan aku begitu berani mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah aku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya aku khususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Ibu telah mendidikku semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana ALLAH telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibu-bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil-alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu.

Aku menghalang diriku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih suka berada di rumah kerana rumah itu tempat terbaik buat seorang perempuan. Aku sering berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku bersangka buruk terhadap kaummu, tetapi lebih baik aku berwaspada kerana contoh banyak didepan mata.

Aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik memerhati diriku atau cuba menegurku. Aku sedaya mungkin melarikan pandanganku daripada lelaki ajnabi kerana Sayyidah Aisyah r.a pernah berpesan, "Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki." Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang.

Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku berasa terhina diperlakukan begitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan ALLAH kelak andai disoal? Kalau aku tidak ingin engkau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menhias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh ALLAH. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah ALLAH telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak ku nafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. ALLAH telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang sememangnya lemah ini telah diuji oleh ALLAH apabila seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai-bagai dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku terasa seolah-olah kehidupanku yang tenang sebelum ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuat aku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau ku rasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak. Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau miliki wajah setampan Nabi Yusuf a.s, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman a.s, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad s.a.w, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, ALLAH pasti mencampakkan rasa kasih dalam hatiku jua hatimu. Itu janji ALLAH. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak punya hak untuk berbuat begitu. juga jangan melampaui batasan yang telah ALLAH tetapkan. Aku takut perlakuan itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan ALLAH dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.

Aku pasti berendam air mata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Cukuplah kau mencintai ALLAH dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai ALLAH, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga...

Wassalam...

Tuesday, December 28, 2010

Alhamdulillah....

Alhamdulillah....terima kasih ya Allah....
Kau masih memberi aku peluang
untuk merasai nikmat kebahagiaan....
alhamdulillah....
Kau peliharalah hatiku ini....

Friday, December 3, 2010

Lazatkah Maksiat ???

Kehidupan seharian kita tak akan lari daripada dua perkara, samada dalam maksiat atau taat.....
Apabila Rasulullah s.a.w menyebut tentang ''halawah al-iman''fahamlah kita bahawa iman itu manis. Taat kepada Allah itu manis. Melakukan perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada Allah itu manis. Membaca Al-Quran, solat berjemaah, menghadiri majlis ilmu, qiamullail dan sebagainya, semua itu manis. Namun, kenapa sukar benar merasai kemanisan itu ?
Mungkin kerana hati kita sedang berlazat-lazat dengan maksiat sehinggakan maksiat itu terasa manis. Maka hilanglah lazat dalam ketaatan. Bahkan ketaatan tersa tawar dan pahit. Taat dan maksiat tak akan bertemu dalam situasi yang sama. Persoalannya, lazat sangatkah maksiat sehingga kebanyakkan kita sanggup memilih maksiat berbanding ketaatan. Terlalu banyak akibat maksiat yang akan menekan kita setelah melakukannya. Tika itu, masih lazatkah maksiat ?


Tidak memberi cahaya dalam hidup...
   Usia remaja seharusnya difokuskan untuk mempersiapkan diri dengan ilmu bersungguh-sungguh. Seterusnya proses menuntut ilmu itu berterusan sehingga ke liang lahad. Namun, jika hidup disibukkan dengan maksiat, adakah ruang untuk ilmu melekat ?
    Mungkin ada yang keliru, ''kenapa ada kawan saya ni, nampak enjoy je selalu tapi bila peperiksaan dapat cemerlang jugak ? Banyak tafsiran yang dapat di buat daripada situasi ini. Remaja itu mungkin tidak nampak bila kawannya belajar. Menjadi sunnatullah, sesiapa yang berusaha dia akan dapat. Walau bagaimanapun, sesiapa yang berusaha mendapatkan ilmu dalam keadaan bergelumang maksiat, ilmu tak akan memberi cahaya dalam hidupnya untuk mencapai kedudukan yang mulia di sisi Allah sama ada di dunia atau akhirat.
    Kalau betul pun kawannya cemerlang tanpa belajar malah sibuk dengan maksiat lagi, maka haruslah difahami bahawa itu nasibnya tika itu sahaja. Sikap itu tak akan menjamin kejayaanya pada masa akan datang. Sijil  yang bakal digenggamnya hanya melambangkan ilmunya sekadar teori tanpa kualiti. Tidak akan ada berkat. Tidak akan ada ke mana-mana. Jadi kenapa remaja harus memilih meniru maksiat ? Apakah perlu untuk cemerlang sepertinya dengan melakukan maksiat? Sah, kena tipu dek syaitan. Imam al-Syafi'i pernah mengadu kepada gurunya Waki' mengenai hafalannya yang terjejas. Waki' lantas menasihatinya ''Tinggalkan maksiat'' .



Disempitkan Hidup...
   Samada kita kaya atau miskin, jika kita suka berlazat dengan maksiat, hidup akan terasa sempit. Wahai remaja, adakah anda melihat seorang pemimpin berwibawa yang skandalseksnya terbongkar itu tenang hidunya ? Adakah si miskin yang mencari rezeki dengan mencuri itu tenang hidupnya ? Adakah artis terkenal yang bebas berkepit dengan mana-mana pasangan itu tenang hidupnya ? Tidak! Tidak! Jiwa mereka akan jatuh miskin dengan maksiat. Jiwa mereka gersang. Yang ada hanyalah kerisauan dan kesepian hati. Jika tujuh gunung emas dibentangkan di hadapannya, ia takkan mampu menjadi penawar terhadap kebimbangannya akibat daripada maksiat. Bukan sahaja Allah akan menghukum. malah di dunia lagi masyarakat akan menghukumnya. Tekanan akan lebih membunuh  jiwanya apabila ditikam perasaan terasing. Lebih-lebih lagi apabila keluarga dan rakan baik mula menjauhkan diri darinya. Dia tentu bertambah  sukar menghindari maksiat malah mungkin mencari penyelesaiannya dengan maksiat baru pula.
   Maksiat itu bukan sahaja menyempitkan kiwa malah menyempitkan harta. Dalam Musnad Imam Ahmad  diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: '' Sesungguhnya seseorang hamba tidak akan mendapat rezeki kerana dosa yang dilakukannya''. Jelas ketaatan itu melimpahkan kekayaan, sebaliknya maksiat mendorong kepada kefakiran jiwa dan harta. Bukan itu sahaja, penggemar maksiat akan menemui kesulitan dalam urusannya dan jalan buntu dalam banyak perkara.


Melemahkan Hati dan Badan...
  Kekuatan Mukmin adalah pada hatinya. Ia raja kepada anggota badan. Apabila hatinya kuat, maka anggotanya kuat dan tindakannya juga bermanfaat. Ahli maksiat, biarpun badannya kuat tetapi hatinya lemah dan sentiasa gelisah. Bayangkan kekuatan orang Parsi dan Rumawi yang tanadunnya sangat pesat dan memiliki kekuatan perang yang lenkap namun dapat ditundukkan oleh generasi para sahabat yang lebih kuat hatinya.Abdulah bin Abbas berkata: ''Sesungguhnya pada kebaikan itu ada cahaya pada wajah, sinar pada hati, kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai orang terhadap dirinya'' .
   Paling menakutkan, ahli maksiat akan dihukum Allah dalam bentuk lemah anggota badannya untuk melaksanakan ketaatan, terputus jalan-jalan kebaikan baginya dan kemudian mati dalam kemaksiatan. Sewaktu dibangkitkan kelak, diri pasti mengeluh kesal.
   ''Aduhai, sekiranya dulu aku berbuat sesuatu untuk hidupku sekarang ini'' ( surah al-Fajr 89:24).

   Sama-sama kita muhasabah semula diri kita...lihat sejauh mana kemaksiatan dalam diri yang masih menghalang dari kita untuk mendapat keberkatan dalam diri......Wallahualam.... 



Tuesday, November 30, 2010

Aku Cuma An-Nisaa.....


Aku Cuma An-Nisaa
Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada
 Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin  bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah
Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..
Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah
Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..
Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.
Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan
Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa

                                Kerana padanya ada bahagia!
                             Sesungguhnya Hawa tercipta dari 
                              Tulang rusuk kaum Adam

                          Bukan untuk ditindas kerana lemah
                           Tapi untuk dilindungi kerana Indah

                        dan Indah apabila tertutup terpelihara

                         Kerana disitulah terjaganya Syahadah

                              Bak mekarnya wanita dalam sirah
                             Tuntunlah kami ke arah syurga ..
                            Bicara dari An-Nisaa yang hina..

                                     Makbulkan doa ini...
                                           Ameen....
                                                 


Thursday, November 25, 2010

ujian yang terlalu berat bagiku.....

alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana masih memanjangkan umurku sehingga ke saat ini......salawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w dan para sahabat kerana pengorbanan dan kekuatan mereka Islam sampai pada kita......aku di uji lagi tapi bagiku kali ini ujiannya amat berat sekali bagiku untuk menerimanya....sedaya upaya aku berusaha untuk melupakan tetapi Dia yang maha Memiliki...Dia mengetahui bahawa hati ini amat sakit sekali untuk menerima semua ini.......aku tidak minta semua ini tetapi sebagai hamba-Nya yang mengaku beriman..aku tidak boleh melawan takdirnya....kadang2 aku terfikir bahawa mungkin sudah tiba waktunya tetapi bukan semudah yang aku sangkakan......aku harus memujuk hati ini supaya lebih banyak bersabar......
Ya Allah....
kiranya hatiku belum
cukup kuat untuk
hadapi semua ini
Kau kuatkanlah hatiku...
Ya Allah....
Kau berilah petunjuk yang baik
padaku dan dia dalam membuat keputusan
yang Engkau redhai....
kuatkan dan teguhkan
hati kami atas jalan dakwah-Mu
agar kami bisa menerima segala yang
Engkau tetapkan ke atas kami...
Ya Allah....
aku mohon supaya Kau
tetapkan keimanan dan ketaqwaan dalam hati
kami agar ia bisa memberi
kekuatan pada kami....

Saturday, November 20, 2010

pulang ke kTd.....

esok sy akan pulang semula ke kTd setelah bercuti selama seminggu......banyak perkara yang berlaku dalam hidup sy selama berada di rumah...semoga Allah menguatkan sy dalam menghadapi semua ini.....dalam hidup ini tak semua benda yang kita inginkan kita akan dapat, untuk kita terima sesuatu perkara yang terjadi dalam hidup memang berat tapi Allah lah sebaik-baik tempat pergantungan.....kadang-kadang kita sering salahkan takdir bila keinginan kita tak tercapai tapi sebagai hamba-Nya kita patut sedar bahawa Dia lah yang berkuasa ke atas segala sesuatu.....tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada-Nya nescaya hidup akan lebih terasa bermakna....
ya Allah ya Rahman ya Rahim.....
Kau kukuhkanlah kesabaran padaku
dalam mengharungi ujian2 yang
 Engkau berikan padaku...
sesungguhnya aku redha jika ini menunjukkan bahawa
Kau sayang padaku...
jadikan la aku kuat melawan hawa nafsuku..
jadikanla aku sebagai hamba-Mu yang selalu bersyukur
dengan segala nikmat yang Kau berikan.....
ya Allah Kau redha la hidupku.....

Friday, November 19, 2010

alhamdulillah......

alhamdulillah.....pertama dan selamanya marilah kita merapatkan setinggi syukur pada yang Esa kerana sehingga hari ni masih diberi peluang untuk menikmati nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan islam......alhamdulillah setelah sekian lama saya ingin buat blog baru hari nie tercapai hajat tue...thanks ya Allah.....semoga blog ni sedikit sebanyak dapat membri manfaat pada kita semua...insya Allah........special to my friend Fatimah Hanisah Mohd Arba`ai  yang banyak membantu diri ini....jazakillah khairan khatira.....