raining

Saturday, February 11, 2012

Kelahiran yg bermakna....

Lahirnya kamu sudah tercatat di Luh Mahfuz,
11 Februari 1993,
lahirlah insan comel ke dunia di sambut
dengan rasa yang gembira dari kami semua..
hadirmu kurnia buat kami semua…
lahirnya insan yang sangat aku sayangi
hadirnya kau satu anugerah buat mak ayah
untuk melengkapkan lagi keluarga kita…
lahirnya kau melengkapkan diriku sebagai kakak…
kehadiranmu jua menjadi kita sekeluarga lebih erat…




tahun demi tahun kau membesar menjadi anak yang soleh..
telatahmu cukup menggembirakan kami,
kerenahmu yang memeningkan mak ayah serta kakak2 dan abangmu,
senda guraumu yang menghiburkan hati kami,
sabarmu cukup membuatkan aku kagum kerana
dikurniakan seorang adik sepertimu,
kau banyak bertolak ansur dengan kakak2 dan abangmu
sedangkan kau adalah yang bongsu,
kadang2 kau merajuk tapi kau diamkan,


tapi kini……
Banyak yang kau lalui demi mencapai redha-Nya…
Bukan senang untuk kita senang…
Perlukan mujahadah yang tinggi….
Kau sering ceritakan padaku tentang
Perkara yang menyerabutkan fikiran kau
Dan kita sama2 akan menangis….
Aku tahu kau merindui saat2 bersama ayah
rindukan kata2 nasihat darinya,
rindukan gurau sendanya,
rindukan senyumannya,
rindukan semua tentangnya…
Begitu jua dengan aku…
Tapi ketahuilah yang ayah sedang
di ‘sana’…
sama2lah kita doakan kebahagiaan buatnya…

kadang2 kita banyak berselisih pendapat
tapi kau lebih banyak diam…
aku rasa bersyukur dikurniakan adik
seperti kau…
Alhamdulillah
Terima Kasih Allah
atas kurniaan Kau ini…




Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim…
Kau berilah kebahagiaan dunia dan akhirat
buat insan yang amat aku sayangi ini…
Kasihanilah insan ini,
Berilah kejayaan buatnya dunia akhirat,
Rahmati dan berkatilah hidupnya,
Kau jadikanlah insan ini seorang
yang beriman, soleh dan musleh..
Kau sayangilah insan ini…

Buat adikku yang disayangi,
Ahmad Ihsan Bin Rosli,
Terima kasih kerana menjadi anak
yang soleh buat mak ayah,
Terima kasih kerana menjadi adik
buat kakakmu ini,
terima kasih kerana sering
membantu diri ini,
terima kasih untuk semua yang
telah kau lakukan untuk
our family…
Terima Kasih…
Selamat Ulangtahun Kelahiran  adikku sayang…^_^
Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya…
Semoga Berjaya dunia akhirat….
Semoga terus sukses dalam pelajaranmu…
Sama2 kita tunaikan hajat ayah ye..insyaAllah ^_^  

1 comment:

  1. whyda....setiap apa yang kita ada perlu sentiasa kita hargai...kadang2 mungkin terlepas pandang...tapi InsyaAllah moga Allah permudahkan setiap amalan kita..

    ReplyDelete