bila kita dah mula sayangkan seseorang semestinya kita ingin lihat dia bahagia walaupun dengan orang lain...kn3..
tapi adakah kita redha dengan semua itu ???
kalau aku...ermmm...ntahla berat untuk nak ku katakan tentang tu kerana aku belum bersedia untuk di tinggalkan kerana ditinggalkan sangat2 sakit rasanya....3 bulan lepas aku baru saja ditinggalkan oleh seseorang yang sangat aku kasihi, sayangi, cintai..pemergiaannya meragut ketenangan dalam hidupku...separuh dari hidupku turut di bawa pergi tetapi adakah dengan bersedih dia akan kembali..tidak sama sekali...aku tahu aku tidak patut terus bersedih tetapi kadang2 perasaan tu datang jugak dalam diri ini... hanya yang pernah mengalaminya saja yang faham apa aku rasa....
ya Allah berat rasanya nak tanggung perasaan rindu ini pada 'dia'...nak sangat peluk dia macam selalu, nak tengok senyumannya, gurau sendanya, nak dengar nasihatnya, tegurannya....ya Allah jadikan rinduku ini sebagai jambatan penghubung antara aku dan 'dia'...
Ayah...
pergimu tiada pengganti
hingga kini masih hangat kasih sayangmu
dalam hatiku...
Ayah...
pergimu membawa pulang amanah
yang akan dipersoalkan di hadapanNya kelak..
Ayah...
ida rindukan ayah sangat2
nak sangat peluk ayah macam selalu
tapi ida tahu tu semua xkan berlaku
hanya dalam mimpi saja ida dapat peluk ayah...
hanya dalam mimipi ida dapat berjumpa ayah
dapat dengar suara ayah..
Ayah...
seksanya tanggung rindu nie sorang2...huhu
kalau ada masalah selalunya ayah yang banyak tolong
tapi sekarang..ida kena selesaikan sendiri...:'(
Ayah...
result sem 5 baik tapi ida x dapat tunjukkan pada ayah
ida jeles tengok kawan2 lain tepon ayah diorg ..ida nak tepon sapa,
selalunya ida akan tepon ayah dulu bagitahu result tapi kali nie...ermm:'(
Ayah...
tahun depan k.nah nak kawen dah tapi ayah x sempat tengok..
lepas tu nanti amad pulak..sedih sangat sebab ayah x sempat nak
nikahkan k.nah & ida...nanti bila semua dah pakat2 kawen sapa nak jaga mak ??
ida x kan tinggalkan KEDAH sebab ida nak duduk dekat dengan ayah & mak...
Ayah...
ni sem last ida tapi macam x semangat nak belajar sebab ayah xda tapi ida tahu ida
tetap kena habiskan jugak sebab ni adalah hajat ayah nak tengok ida dengan ihsan
amik bidang agama...insyaAllah ida & ihsan akan teruskan hajat ayah tu...
Ayah...
kami semua rindukan ayah...
kami semua sayangkan ayah...
kami semua xkn lupakan ayah...
semoga Allah pertemukan lagi kita di sana kelak...
raining
Wednesday, December 14, 2011
Saturday, December 3, 2011
100 hari berlalu....
begitu pantas masa berlalu..pejam celik dah 100 hari ayah tinggalkan kami semua...sangat2 merinduinya....serasa seperti baru kelmarin dia bergurau senda bersama kami tapi kini hanya tinggal kenangan yang tak kan dilupakan buat selamanya...sangat2 merindui untuk memanggil seseorang yang di panggil 'AYAH', dah lama tak panggil begitu...rindu suara ayah, teguran ayah, nasihat ayah, gurau senda ayah, rindu telatah ayah waktu ayah sakit yang ajak teman dia makan sambil2 sembang bersamanya tapi kini hanya doa yang dapat aku kirimkan tatkala rindu menjelma...apabila melihat depan mata sendiri saat sakaratul mautnya membuatkan aku masih teringat sampai sekarang bagaimana tenangnya ayahku di jemput...sesungguhnya dia adalah insan yang bertuah,ayah adalah insan yang berhati mulia,pemurah & peramah, tidak suka marah2, sangat mengambil berat akan hal keluarganya, sangat aktif dalam dakwah & tarbiyyahnya hinggalah akhir hayatnya...subhanallah..bagaimanakah kesudahan aku kelak ?? Iman tak dapat di warisi, jika ayahku adalah seorang yang sangat aktif dalam kerja2 dakwahnya tapi tak semestinya anak2nya juga begitu...moga kami anak2nya dapat menjejak langkahnya untuk bergiat aktif dalam kerja2 dakwah nie...ya Allah Kau jadikanlah kami anak2nya yang dapat terus mendoakannya untuk kesejahteraannya di alam san, bahagiakanlah dia di sana, jadikanlah dia salah seorang penghuni syurgaMU, tempatkan dia bersama orang2 yang soleh & beriman...aku redha ya Allah dengan pemergiaannya jika itu yang terbaik buatnya.....
ya Allah moga ayah beroleh syurgaMU di atas segala kebaikan yang telah dia lakukan sepanjang hidupnya...AMIN..
![]() | |
| 18 jan 2011 ayah admitted Hospital Pantai Penang..rindu senyuman tue...:( |
![]() | |||||
| 18 jan 2011 my birthday in hospital with ayah..suapan terakhir ayah sempena birhday aku |
| ayah with auni first cucu sedara tp ayah xsempat tgk auni besar |
| raya 2010, gmbr raya terakhir with ayah... |
ya Allah moga ayah beroleh syurgaMU di atas segala kebaikan yang telah dia lakukan sepanjang hidupnya...AMIN..
Friday, September 16, 2011
Kumbang Dan Bunga....
Kau diberi kelebihan untuk menghisap madu bunga-bungaan,
Kau diberi peluang memeliharanya dengan kudrat tangan,
Kau diberi mandat membetulkan lenggokan bunga-bunga yang harum di taman,
Harus kau ingat amanah ini bukan mainan mahupun satu kebanggaan
Kau diberi peluang memeliharanya dengan kudrat tangan,
Kau diberi mandat membetulkan lenggokan bunga-bunga yang harum di taman,
Harus kau ingat amanah ini bukan mainan mahupun satu kebanggaan
Wahai Sang Kumbang...
Tatkala Kau bertaut pada bungaan yang berduri,
Janganlah sesekali Kau kasari dengan kerakusan hati,
Kerana baginya itulah satu-satunya perisai diri,
Sebaiknya Kau belailah ia dengan kasih sayang dan rasa takwa kepada Ilahi.
Janganlah sesekali Kau kasari dengan kerakusan hati,
Kerana baginya itulah satu-satunya perisai diri,
Sebaiknya Kau belailah ia dengan kasih sayang dan rasa takwa kepada Ilahi.
Wahai Sang Kumbang...
Janganlah sesekali Kau meleraikan kelopak bunga yang sedang berkembang,
Janganlah sesekali Kau mencemarkan bunga-bunga yang indah dipandang,
Janganlah sesekali Kau patahkan ranting untuknya bertaut meneruskan kehidupan,
Janganlah sesekali Kau menjadi kumbang yang cacat dan menjengkelkan.

Ingatlah kuntuman bunga-bunga ini mendambakan kehidupan abadi,
Bukanlah kehidupan sejenak yang menjanjikan kebahagiaan sementara ini,
Ingatlah bunga-bunga ini bukan untuk santapanmu yang bernafsu berahi,
Tetapi bunga-bunga ini amanah kepadamu untuk kau hayati dan hargai.

Kau bebas terbang dan bertaut di Bunga yang kau dambakan,
Namun, perlu Kau ingat bukanlah nafsu yang harus menjadi ukuran,
Cukuplah sekadar apa yang kau mampu untuk hadamkan,
Semarakkanlah ia dengan baja-bajaan yang diamanahkan.
Namun, perlu Kau ingat bukanlah nafsu yang harus menjadi ukuran,
Cukuplah sekadar apa yang kau mampu untuk hadamkan,
Semarakkanlah ia dengan baja-bajaan yang diamanahkan.
Wahai Sang Kumbang...
Janganlah dirimu terbang menghisap madu dan berlalu pergi,
Usah bebankan hati Bunga yang tidak mampu terbang tinggi,
Setialah di situ dan didiklah ia dengan kasih yang suci,
Semoga Kau bisa menjadi Kumbang yang sentiasa dirahmati.
Usah bebankan hati Bunga yang tidak mampu terbang tinggi,
Setialah di situ dan didiklah ia dengan kasih yang suci,
Semoga Kau bisa menjadi Kumbang yang sentiasa dirahmati.
Tuesday, September 13, 2011
Kusimpan Namanya Di Sudut Hati......
Kusimpan namanya di sudut hati,
Demi sebuah keredhaan,
Ya Allah kuatkan hati ini,
Bantu kami bermujahadah,
Demi sebuah keredhaan,
Ya Allah kuatkan hati ini,
Bantu kami bermujahadah,
Ya Rabb..
Bantu kami, hamba-Mu,
Yang mencari,
Sedang mencari,
Dan masih mencari,
Erti cinta sejati..
Bantu kami, hamba-Mu,
Yang mencari,
Sedang mencari,
Dan masih mencari,
Erti cinta sejati..
Cinta dua insan yang dibatasi syariat-Mu,
Tanpa digugat setitik bisikan nafsu,
Yang ada hanyalah,
Sebuah ketagihan cinta,
Sebagai wadah menggapai cinta agung-Mu..
Tanpa digugat setitik bisikan nafsu,
Yang ada hanyalah,
Sebuah ketagihan cinta,
Sebagai wadah menggapai cinta agung-Mu..
Ya Rahman...
Faqirnya kami, lemahnya kami,
Sungguh tak terdaya,
Segalanya milik-Mu,
Kepada-Mu segalanya dikembalikan..
Faqirnya kami, lemahnya kami,
Sungguh tak terdaya,
Segalanya milik-Mu,
Kepada-Mu segalanya dikembalikan..
Ya Muhaimeen,
Namun ku gusar..
Dengan mujahadah ini,
Apakah dia bisa setia,
Apakah dia bisa menunggu,
Apakah kami bisa tabah,
Higga ke akhirnya...
Namun ku gusar..
Dengan mujahadah ini,
Apakah dia bisa setia,
Apakah dia bisa menunggu,
Apakah kami bisa tabah,
Higga ke akhirnya...
Ya Rabbul Izzati,
Engkaulah Pemilik segala hati,
Peganglah hati-hati kami,
Peliharalah hati-hati kami,
Jagailah, bajailah dan siramilah hati-hati kami,
Dengan cahaya keimanan kepada-Mu..
Engkaulah Pemilik segala hati,
Peganglah hati-hati kami,
Peliharalah hati-hati kami,
Jagailah, bajailah dan siramilah hati-hati kami,
Dengan cahaya keimanan kepada-Mu..
Agar kami bisa terus bermujahadah,
Hingga waktu menentukannya..
Ameen ya Rabb....
Hingga waktu menentukannya..
Ameen ya Rabb....
Monday, September 5, 2011
Pemergiannya amat dirasai.....
tak tahu bagaimana aku nak mulakan....tiba2 ja sebak...26.8.2011 tepat jam 12.10 tengahari ayahku yang di sayangi kembali ke rahmatullah setelah lebih 8 bulan menderita penyakit kanser hati.....pemergiannya amat2 di rasai kerana aku begitu rapat dengan ayah berbanding mak.....ramai sangat yang sempat menghadap dia pergi...penuh icu dengan saudara2 dan kawan2nya.....aku yang paling last jumpa ayah berbanding adik-beradik yang lain kerana aku sampai pagi jumaat...aku masuk jumpa ayah pukul 9 pagi lebih dan pada pukuk 10 lebih doktor panggil mak dan kami adik-beradik, katanya hati dan buah pinggang ayah dah 100% rosak dan doktor jugak cakap "we must ready, anytime dia akan pergi".....mak terus masuk ke icu dan kami keluar untuk telefon saudara2 dan kawan2 ayah untuk memaklumkan keadaan ayah......aku cuba untuk bertenang tapi setakat mana ala aku mampu....aku belum cukup kuat time tue......pukul 11 lebih doktor dah benarkan semua kenalan2 ayah untuk masuk dalam icu, agak sesak bilik ayah...Yassin sudah kedengaran, abag dab adikku sudah lama berada di hujung kepala ayah untuk mengajarkannya mengucap dan pada jam 12.10 tiba2 mata ayah terbuka dan kemudian perlahan2 tertutup....saat ni adalah saat yang paling tidak dapat aku lupakan...nurse datang kemudian dia kata sy panggil doktor dia kejap, doktor datang kemudian dia panggil mak. mak datang doktor cakap ayah dah tak da...aku rasa gelap dunia aku...semua yang ada dalam bilik tue menangis....ketika tue aku berada di hujung kaki ayah......nurse datang dia kami semua keluar sebab dia nak cuci2...aku berjalan keluar tanpa arah tiba2 ada nurse panggil aku, dia kata 'adik masuk bilik ni dulu la'..aku pon masuk...dia tahu aku anak ayah jadi dia suruh kami masuk duduk dalam bilik lain dulu...pastu mak datang duduk dalam tue...kemudian kakak2 ayah datang, mereka tanya nak simpan di mana...mak jawab nak simpan kt SP ja...ayah pernah cakap nanti kebumikan dia kat kampung dia patu panggil la abang aku tanya sebab dia orang terakhir yang rapat dengan ayah, ayah kata kebumikan ayah kat SP je la sebab ayah dok SP.....lepas dah buat keputusan aku keluar untuk maklumkan pada kawan ak...tak lupa juga aku call Ketua Eksekutif KTD untuk maklumkan, dia kata akan datang..........pukul 1 aku dan kakak sulung dan abang iparku pulang ke rumah dahulu sebab ada yang nak kena kemas2...... di rumah dah ada yang tunggu....pukul 3.45 petang jenazah sampai di rumah....pukul 5 petang qariah masjid satang untuk membawa jenazah ke masjid untuk di mandikan, di kafankan dan di solatkan......di masjid aku tengok ramai sahabat2 ayah dah tunggu......waktu tue hujan ....pukul 6.30 petang ayah dah selamat di kebumikan dalam cuaca hujan.......aku redha dengan pemergiaan ayah apabila aku ingat balik hari jumaat dan bulan ramadhan.....memang kadang2 aku masih ingatkan ayah....doa tak pernah aku lupakan untuk dia.......sesungguhnya pemergiannya amat di rasai.......jazakallah khairan kathira pada yang semua yang sudi datang......maafkan aku kerana tak sempat nak layan semua....dan maaf jugak andai ada mesej yang tidak berbalas........
Ya Allah kau tempatkanlah ayahku bersama orang2 yang beriman, lapangkanlah dan terangilah kuburnya, ampunkanlah dosa2nya.....sesungguhnya aku begitu menyayangi dirinya.......
Ya Allah kau tempatkanlah ayahku bersama orang2 yang beriman, lapangkanlah dan terangilah kuburnya, ampunkanlah dosa2nya.....sesungguhnya aku begitu menyayangi dirinya.......
Thursday, July 28, 2011
Ramadhan Bulan Penyucian Jiwa
Ramadan al-Mubarak bulan tarbiah dan juga tazkiyatun nafsi buat manusia agar kembali kepada fitrah yang suci. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Maka kembalilah mereka ibarat bayi yang baru lahir suci daripada segala dosa.
Kita digalakkan memperbanyakkan amal ibadah dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T serta banyakkan muhasabah diri. Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W bermaksud; "Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua Syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu.
Penyeru pun menyeru: "Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah! Dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhentilah! Dan (yang ikhlas) kerana Allah, akan dibebaskan daripada api Neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadhan." (Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)
Dikatakan Ramadhan ini bulan penyucian jiwa kerana pada bulan ini setiap umat manusia beragama Islam akan sebolehnya mengubah tabiat dan perangai. Pada bulan ini setiap daripada kita sedaya upaya melakukan perubahan diri berbanding pada bulan-bulan sebelumnya.
Segala benda dan perbuatan ini hanya boleh dilakukan dengan adanya rasa keimanan dalam jiwa. Menurut penceramah bebas, Ustaz Hazlin Baharin, Ramadan itu dikatakan sebagai bulan penyucian jiwa kerana ia dapat membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada sebarang kerosakan dan gangguan syaitan.
Tetapkan Taqwa
Ramadhan juga merupakan masa terbaik untuk menyucikan jiwa kerana orang yang berpuasa perlu menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa atau sekurang-kurangnya yang boleh mencacatkan puasa. Justeru, segala tabiat buruk sebelum ini perlu ditinggalkan.
Apabila cabaran utama yang hadir dalam diri ini mampu diatasi oleh manusia itu bermakna mereka telah berjaya melawan godaan nafsu Syaitan yang mahu merosakkan jiwa mereka. Maka sebahagian daripada penyucian jiwa telah berjaya dilepasi. Tambah Ustaz Hazlin lagi, sekiranya halangan ini mampu dilepasi, maka mereka telah tergolong dalam kalangan orang-orang yang sabar dan secara langsungnya ini telah dapat menyucikan hati daripada melakukan perbuatan maksiat.
Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelum ini....aminn...
buat kalian yang mengenali diri ini..maafkanlah diri ini andai terdapat
kesalahan yang belum di maafkan....
InsyaAllah diri ini memaafkan kalian....
Happy Ramadhan....^_^

Sunday, May 22, 2011
Petua Mencuci Hati
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)
14. Berkawan dengan ulama'.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)
Ya Allah bersihkanlah hatiku dari sebarang maksiat dan dosa....ya Allah please guide me....

Subscribe to:
Posts (Atom)