raining

Tuesday, February 1, 2011

Exam..oh..exam.....

Alhamdulillah dapat lagi saya menulis dalam blog yang banyak kelemahan ini....Pejam celik pejam celik dah nak exam untuk sem 4 nie...kejap sangat masa berlalu dan macam2 perkara yang berlaku pada saya semasa berada dalam sem 4 nie....inilah tandanya Dia sayang pd saya apabila pelbagai ujian yang Dia berikan pada saya.....alhamdulillah..thanks Ya Allah....semester ni rasa kejap sangat belajar...mungkin kerana banyak sangat cuti...cuti Kelantan menang bola...cuti Malaysia menag bola....ditambah pulak ada lecturer yang hampir 3 minggutidakmasuk ke kelas kerana tidak sihat....macam2 betul hidup di dunia nie....ermm....nak exam dah...bersediakan saya ???? sebelum sampai ke hari exam saya perlu melalui hari yang mungkin memenatkan tapi menyeronokkan...Walimah Kakak Sulungku Nurul 'Izzah....Ya Allah Kau berilah majlis walimah ini sebagai sesuatu yang Kau redhai....berilah kesihatan yang baik pada kedua ibubapaku agar mereka bahagia....permudahkanlah segala urusan keluargaku......5 Feb 2011 kenduri di Sungai Petani belah perempuan....12 Feb 2011 kenduri belah lelaki di Kelantan.....sebelum samapi ke Kelantan keluarga kami sekali lagi pelu berhadapan dengan sesuatu yang besar 9 Feb 2011 iaitu ayah akan menjalani kimoterapi di Hospital Pantai Penang setelah doktor mengesahkan bahawa ayahku menhidap kanser hati......ya Allah Kau berilah kekuatan pada ayahku untuk melawan penyakitnya....ayahku adalah kekuatanku, inspirasiku...Kau berilah yang terbaik dalam hidupnya...
Berbalik pada exam....ermm....ni jadualnya.....

  7 Feb 2011: Occupational English
16 Feb 2011: Hifz Quran IV
17 Feb 2011: Ulum Quran II
18 Feb 2011: Al-Lughah Al-Arabiah IV
22 Feb 2011: Takhrij Al-Hadith
24 Feb 2011: Ulum Hadith II

lama betul gap...ermm...Ya Allah permudahkanlah aku dan rakan2ku dalam menempuhi peperiksaan ini...berilah kejayaan kepada kami agar kami dapat membangunkan Islam di mata masyarakat....



PERSAHABATAN.......


Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi
Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya
Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi
(Unic: Sahabat Sejati)

jazakumullah khairan kathira
kpd shbh2 yg tlh m'berikan hadiah di
atas sempena birthdayku....
HIJAU  from Nur Waheedah bt Sabaruddin ^_^
 thanks edah...ni first tyme sy dpt hadiah tue dlm hidup saya.....
edah pesan kalau saya rindu dia peluk bantal tue..
sekarang mungkin x lagi tapi nanti edah akan akan keluar dah kTd...mungkin masa tue sangat berguna pada saya apa yang edah pernah bagi pada saya....doakan saya kuat ye edah...sayang awak ^_^
PURPLE from 'Ainin Sofiya bt Adrus ^_^
thanks ainin...ni pon first tyme saya dpt hadiah gitu...thanks a lot....semoga ukhwahh kita akan terus kekal hingga akhirnya....sayang ainin ^_^
BIRU from all my housemate ^_^
thanks to all of you...Iefah, K.Norie, Nad, Nas dan Nazahah....
kamu adalah yang terbaik bagiku...susah senang kita hadapi bersama selama ini semoga menjadi kekuatan pada kita semua untuk terus maju dalam hidup....semoga Allah rahmati hidup kita...pelihara rumah kita dari sebarang perkara buruk.....sayang kamu semua ^_^
KRIM from Shifak bt Ahmad Baharrudin ^_^
thanks shifak sebab ingat kami juga...hehe....semoga Allah rahmati ukhwah kita ini...sayang kamu ^_^

Teman yang baik adalah teman yang menegur kamu tika kamu membuat kesalahan...
di jalan Allah, persahabatan ini bukanlah milikku dn bukan jua milikmu...persahabatan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia....kerana Dialah aku mengenalimu dn keran Dia juga telah menetapkan kita mengukir 1001 kenangan ....persahabatan ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang hanya kerana Nya semata-mata....moga kekal hingga ke Jannah-Nya....Ameenn....

TEMAN......
maaf atas semua salah dn silapku di sepanjang persahabatan kita ini.....
sesungguhnya  diri ini terdapat banyak kelemahan dn kekurangan...
tegurlah diri ini.....
maafkan daku....
di sini ingin ku katakan bahawa
SAYA SAYANG SEMUA SAHABAT SAYA KERANA ALLAH.....
wallahualam.....

Wednesday, January 26, 2011

Biarkan Cintamu Berkata Tidak


Kerap diungkapkan, cinta itu buta?Apakah benar cinta itu buta? Apakah cinta orang beriman juga buta? Kalau buta yang dimaksudkan itu tidak mampu lagi melihat mana yang hak, yang mana batil, tentulah cinta orang yang beriman tidak buta.
Tidak! Cinta yang suci tidak buta. Orang beriman tetap celik walaupun sedang dilamun bercinta. Mereka masih tahu dan mampu melihat serta menilai yang mana baik, yang mana buruk, yang mana halal dan yang mana haram sewaktu bercinta.
Namun sekiranya buta yang dimaksudkan tidak nampak lagi segala kesusahan demi mendekatkan diri kepada yang dicintainya (Allah)... ya, cinta orang beriman memang buta. Orang yang beriman tidak nampak lagi ranjau duri untuk mendekatkan diri kepada Ilahi.
Pernah Sayidina Abu Bakar r.a. pernah berkata kepada anaknya, "jika aku menemui mu dalam perang Badar dahulu, aku sedikit pun tidak teragak-agak untuk membunuh mu!"
Mus'ab bin Umair pula pernah berkata kepada ibunya, "jika ibu punya 100 nyawa dan nyawa itu keluar satu persatu, saya tidak akan meninggalkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad."
Ya, cinta orang beriman itu buta. Tetapi bukan buta melulu. Yang buta melulu hanyalah cinta orang yang lemah iman. Cinta itu telah dikotori oleh kehendak nafsu dan bujukan syaitan. Apa sahaja yang disuruh oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan akan diikuti. Cinta buta oleh orang yang buta mata hatinya sanggup mengorbankan maruah, harga diri malah membunuh demi cintanya. Memang benar kata pepatah Arab, seseorang itu menjadi hamba kepada "apa" atau "siapa" yang dicintainya.
Kalau sudah cinta, kita jadi "buta" terhadap penderitaan, kesusahan dan segala keperitan demi menyukakan hati orang yang kita cintai. Oleh itu bertuah sekali jika orang atau apa yang kita cintai itu adalah orang yang baik atau sesuatu yang baik, maka kita akan menjadi hamba kepada orang yang baik dan kebaikan.
Sebaliknya, jika yang kita cintai adalah kejahatan atau orang yang jahat... kita akan diperhambai sentiasa kepada kejahatan. Firaun mati lemas kerana diperhamba kuasa. Manakala Qarun ditelan bumi akibat diperhamba harta. Dan berapa ramai negarawan, hartawan dan bangsawan yang kecundang kerana cintakan wanita?
Cinta Orang Mukmin
Orang mukmin itu sangat cinta kepada Allah. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat ke-165 : "Orang mukmin itu sangat bersangatan cintanya kepada Allah."
Justeru, cinta orang mukmin itu "buta" kepada sebarang kesusahan demi menunaikan perintah Allah. Orang mukmin rela mengorbankan segala kesukaan atau kesenangan dirinya apabila semua itu melanggar perintah Allah. Tidak ada istilah tidak apabila berdepan dengan perintah Allah. Mereka akan berpegang kepada prinsip "kami dengar, kami taat" setiap kali mereka mendengar ayat-ayat cinta (Al-Quran) yang datang daripada Allah.
Apabila berdepan dengan cinta Allah, segala cinta yang lain akan menjadi kecil dan terpinggir. Bayangkan kecintaan Rasulullah saw terhadap bapa saudaranya Abu Talib – orang yang membela dan melindunginya semasa susah dan senang. Bukan sahaja tubuh badan Rasulullah saw dipertahankan oleh Abu Talib tetapi beliau juga telah memberi kasih-sayang, perhatian, simpati dan empati yang tidak berbelah bagi kepada Nabi Muhammad saw.
Ya, Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Talib saling cinta mencintai. Bayangkan hingga ke saat-saat kematian Abu Talib, nabi Muhammad saw terus berdakwah, merayu dan membujuk agar bapa saudaranya itu beriman. Tetapi Subhanallah! Allah Maha Tahu dan Maha Berkuasa terhadap petunjuk dan hati para hamba-Nya. Hidayah milik Allah. Dan hidayah itu tidak diberikan-Nya kepada Abu Talib atas sebab-sebab yang hanya Dia yang mengetahuinya. Lalu matilah Abu Talib dalam keadaan tidak beriman...
Betapa sedihnya hati Rasulullah saw tidak dapat digambarkan lagi oleh kata-kata. Dan pada hari kematian Abu Talib, bersimpuhlah baginda dalam doa demi keselamatan ayah saudaranya yang telah pergi. Namun apa jawapan Allah? Allah menegur dan melarang baginda daripada berdoa untuk keselamatan Abu Talib. Kerana apa? Kerana Abu Talib tidak beriman. Walaupun Allah Maha mengetahui betapa cintanya Rasulullah saw... tetapi Allah mendidik hati seorang Nabi agar berkata tidak walaupun ketika hati terlalu cinta!
Begitulah jua jalur cinta yang luar biasa oleh insan-insan luar biasa sebelum diutuskan Nabi Muhammad saw. Bagaimana Nabi Nuh as, dididik oleh Allah agar berkata "tidak" ketika teringat dan merasa kasihan kepada anak dan isterinya yang derhaka. Menyusul kemudiannya Nabi Luth as yang diperintahkan meninggalkan keluarga yang tercinta tanpa boleh menoleh lagi ke belakang.
Menyusul lagi kemudiannya Nabi Ibrahim as yang pada mulanya rela berpisah dengan bapanya yang menyembah berhala, dan selepas itu rela pula menyembelih anaknya Nabi Ismail demi cintanya kepada Allah. Nabi Nuh, Luth, Ibrahim dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w telah berkata "tidak" kepada cinta-cinta yang lain kerana cinta mereka pada Allah. Lalu di manakah letaknya cinta kita?
Muhasabah Suami Isteri
Muhasabah kembali cinta antara suami-isteri yang mendasari dan menghiasi rumah tangga kita.... Apakah pernah cinta kita berkata, "tidak"? Ah, tanpa disedari kerap kali kehendak isteri atau suami diturutkan sahaja walaupun jelas bertentangan dengan kehendak Allah. Atau kekadang kita sudah bisu untuk menegur kesalahannya kerana terlalu sayang. Sudah ketara, tetapi masih dipandang sebelah mata. Sudah menonjol, tetapi kita pura-pura tidak nampak.
Kekadang ada isteri yang sudah semakin "toleransi" dalam hukum penutupan aurat. Malangnya, si suami biarkankan sahaja tudungnya yang semakin singkat, warnanya yang semakin garang, saiznya yang semakin sendat dan melekat... Ada masanya tangannya sudah terdedah melebihi paras yang dibenarkan, anak tudungnya telah terjulur dan helaian rambutnya sedikit berjuntaian... Itu pun masih didiamkan oleh si suami. Mengapa begitu? Mungkin kerana terlalu sayang...
Kekadang solatnya pasangan kita sudah mula culas. Tidak menepati waktu dan terlalu "ringkas" pula... Itu pun masih kita biarkan. Mungkin ketika si suami melangkah ke surau atau ke masjid, si isteri masih leka dengan aktiviti rumah yang tidak kunjung reda. Dan keutamaan menyegerakan solat tepat semakin hari semakin dipinggirkan. Pernah ditegur, tetapi mungkin kerana keletihan si isteri jadi sensitif dan merajuk. Tarik muka. Masam wajahnya. Maka suami jadi "jeran" dan mengalah untuk tidak menegur lagi. Kerana apa? Kerana sayang...
Si suami pula kekadang sudah semakin merosot pengamalan Islamnya. Kalau dulu rajin menghadiri kuliah, melazimi solat berjemaah, bersedekah dan berdakwah tetapi entah kenapa "semangat" Islamnya merudum tiba-tiba, roh dakwahnya meluntur, mula malas-malas, leka dengan program TV dan aktiviti-aktiviti yang tidak menyuburkan iman dan Islamnya... si isteri melihat dari dekat.
Itu perubahan yang membimbangkan, detik hati isteri. Ingin menegur, tapi malu. Ingin menasihati, takut dibentak. Dari sehari ke sehari kemerosotan itu dibiarkan. Akhirnya keinginan-keinginan itu menjadi dingin... biarlah dulu. Tunggulah lagi. Ah, semuanya... demi cinta!
Seakan telah dilupakan dahulu kita bernikah kerana Allah. Dihalalkan pergaulan kita antara suami isteri atas kalimah Allah. Ingat kembali kalimah syahadah dan istighfar yang diulang-ulang oleh Tok Khadi sebagai pembersihan hati dan taubat sebelum tangan dijabat untuk aku janji menerima satu amanah. Nikah diterima, ijab kabul dilafazkan dengan kehadiran wali dan saksi...dan bercintalah kita kerana Allah.
Itulah pangkal perkahwinan setiap pasangan muslim. Untuk mengekalkan cinta, relalah berkata tidak kepada kemungkaran yang dilakukan oleh pasangan kita. Berani dan tegalah berkata tidak apabila Allah dan hukum-Nya dipinggirkan oleh suami atau isteri kita.
Sayidina Abu Bakar pernah memerintahkan anaknya menceraikan isteri yang baru dikahwini oleh anaknya bila didapati anaknya itu mula culas solat berjemaah di masjid kerana leka melayani isteri barunya. Nabi Ibrahim pula pernah berkias agar anaknya Ismail menukar palang pagar rumahnya (isyarat menceraikan isterinya) apabila didapati isterinya itu tidak menghormati orang tua.
"Menghumban" Anak Ke Neraka
Jika kita undur selangkah ke belakang dalam pengamalan syariat, anak-anak akan undur sepuluh langkah ke belakang. Sedikit ibu-bapa tergelincir, terperosok anak ke dalam lubang kemungkaran. Sebab itu sering berlaku, apabila ibu tidak lengkap dalam menutup aurat anak-anak perempuannya akan lebih galak mendedahkan aurat. Lambat si bapa dalam mengerjakan solat, anak-anak akan berani pula meninggalkan solat. Sedikit ibu-bapa terpesona dengan dunia, anak-anak akan terleka dalam mencintainya!
Betapa ramai ibu-bapa yang hakikatnya "menghumban" anak mereka ke neraka kerana dibiarkan melakukan kejahatan tanpa teguran. Ada yang terlalu cintakan anak, hingga dibiarkan anak-anak tidak solat Subuh, konon katanya kasihan nanti anaknya mengantuk kerana kurang tidur. Ada pula anak-anak yang sudah besar panjang tetapi masih tidak dilatih berpuasa kerana tidak sampai hati anak-anak melihat anak-anak kelaparan dan kehausan. Apabila anak-anak pulang lewat malam, ada ibu-bapa yang begitu "sporting" berkata, "Biarlah... muda hanya sekali, biarkan mereka bersuka-suka, tumpang masih muda!"
Susah benarkah untuk melihat anak-anak, isteri atau suami bersusah-susah kerana Allah? Padahal kesusahan yang sedikit dan sementara di dunia ini adalah suatu yang lumrah demi mendapat kesenangan yang melimpah dan kekal abadi di akhirat kelak?
Jangan kita dibutakan oleh cinta nafsu kerana cinta nafsu itu bersifat melulu
Cintailah sesuatu kerana Allah, insya-Allah, cinta itu akan sentiasa celik untuk melihat kebenaran. Rela dan tegalah berkata tidak demi cinta. Cintalah Allah dan selalu menjaga hukum-hakam-Nya. Bila cinta kita kerana yang maha Baqa (kekal), maka itulah petanda cinta kita sesama manusia akan kekal.
Marah biar kerana Allah. Justeru kemarahan kerana Allah itulah yang akan menyuburkan rasa cinta kita. Bila hak Allah diabaikan, bila hukum-hakam-Nya dipinggirkan, katakan tidak... cegahlah kemungkaran itu dengan kuasa dan dengan kata-kata. Biarkan cinta mu berkata tidak! Insya-Allah cinta itu akan kekal sampai bila-bila...

Ya Allah..Kau berilah ketenangan dalam hatiku
sesungguhnya ketika ini..saat ini..detik ini..
hambaMu ini amat memerlukannya.....
aku tidak kuat lagi untuk mengharunginya....
jauhkanlah aku dari perasaan yang tidak baik....
ampunkan dosa2ku....
Ameen...

Sunday, January 23, 2011

Jauhkan Rindu....


Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.
Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.
Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.
Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.
Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.
Kini,
Jika  rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.
Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.
Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku  dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.
Rabbi,
Jangan Kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.
Rabbi,
Jangan Kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.
Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi...


Semoga diri ini dapat melenyapkan perasaan yang tidak baik
dalam hati ini...Ameen...

Thursday, January 20, 2011

Ujian Dari Allah....

alhamdulillah dah seminggu lebih tidak berkesempatan untuk mengupdate blog nie....
tika ini, saat ini dan detik ini kami sekeluarga sedang di uji dengan keadaan ayah yang kurang sihat..
perasaanku....?????
perasaan aku ketika mendapat panggilan mengatakan bahawa ayahku di tahan wad sangatlah sedih..
ayah yang banyak suppport aku selama nie.....banyak nasihat aku....
15 Jan 2011 Sabtu, ayah dimasukkan ke Metro Specialist Hospital Sungai Petani lepas doktor kata somethong wrong dalam badan dia tapi kena tunggu hari Isnin 17 Jan 2011 untuk buat cityscan nie kerana hari Ahad Kedah cuti sempena Keputeraan Sultan Kedah.....dan Isnin jugak aku balik dari Kelantan untuk tengok ayah....
dan selepas cityscan di buat doktor sahkan ayah kena kanser tapi masih tidak dapat di pastikan di bahagian mana....doktor transfer ke Hospital Pantai Pulau Pinang kerana di sana ada pakar dan boleh buat pemeriksaan lanjut....18 Jan 2011 Selasa, aku genap 20 tahun tapi tahun ni lain sangat ulangtahun aku..Di Hospital....pagi2 lagi kami bergerak ke Hosoital Pantai untuk jumpa doktor....ayah ucap dekat aku ketika dalam kereta...
ayah: selamat hari lahir, semoga panjang umur, di murahkan rezeki dan jadi anak yang solehah"...
aku: hanya tersenyum sedangkan dalam hati sedang menangis....
..sampai di Hospital Pantai ayah kena pergi bahagian Cancer Centre kerana di situ ada pakar...kes ayah di kendalikan oleh Dr Farhat Aziz Khan dari Kashmir.....lepas doktor tengok ayah punya laporan cityscan di Metro Specialist dia katakn bahawa 80% - 90% adalah kanser tapi tak pasti dari bahagian mana...aku tersentap sebab aku mengharapkan doktor di Metro silap...tapi Allah lebih mengetahui...
kemudian ayah di masukkan ke wad sebab nak buat pemeriksaan lanjut.....
19 Jan 2011 Rabu, pagi ayah kena buat endoscopy iaitu masukkan kamera dalam perut untuk tengok dalm perut kalau2 ada apa2...atap alhamdulillah tak ada apa2 cuma sedikit gastrik....insyaAllah esok(Jumaat 21 Jan 2011)  akan buat biopsis(x reti eja) untuk ambil sedikit sampel kanser nak hantar ujian makmal untuk pastikan datang dari mana kanser tue....
Ya Allah...tabahkan hati kami sekeluarga untuk menerima apa2 yang berlaku kelak...
Sambutan ulangtahun aku kali ni dalam hospital.....

Friday, December 31, 2010

Coretan hati seorang yang bergelar MUSLIMAH.....

sedikit perkongsian yang saya suka untuk membacanya....

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. ..

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkan aku begitu berani mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah aku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya aku khususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Ibu telah mendidikku semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana ALLAH telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibu-bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil-alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu.

Aku menghalang diriku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih suka berada di rumah kerana rumah itu tempat terbaik buat seorang perempuan. Aku sering berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku bersangka buruk terhadap kaummu, tetapi lebih baik aku berwaspada kerana contoh banyak didepan mata.

Aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik memerhati diriku atau cuba menegurku. Aku sedaya mungkin melarikan pandanganku daripada lelaki ajnabi kerana Sayyidah Aisyah r.a pernah berpesan, "Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki." Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang.

Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku berasa terhina diperlakukan begitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan ALLAH kelak andai disoal? Kalau aku tidak ingin engkau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menhias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh ALLAH. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah ALLAH telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak ku nafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. ALLAH telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang sememangnya lemah ini telah diuji oleh ALLAH apabila seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai-bagai dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku terasa seolah-olah kehidupanku yang tenang sebelum ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuat aku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau ku rasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak. Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau miliki wajah setampan Nabi Yusuf a.s, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman a.s, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad s.a.w, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, ALLAH pasti mencampakkan rasa kasih dalam hatiku jua hatimu. Itu janji ALLAH. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak punya hak untuk berbuat begitu. juga jangan melampaui batasan yang telah ALLAH tetapkan. Aku takut perlakuan itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan ALLAH dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.

Aku pasti berendam air mata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Cukuplah kau mencintai ALLAH dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai ALLAH, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga...

Wassalam...

Tuesday, December 28, 2010

Alhamdulillah....

Alhamdulillah....terima kasih ya Allah....
Kau masih memberi aku peluang
untuk merasai nikmat kebahagiaan....
alhamdulillah....
Kau peliharalah hatiku ini....

Friday, December 3, 2010

Lazatkah Maksiat ???

Kehidupan seharian kita tak akan lari daripada dua perkara, samada dalam maksiat atau taat.....
Apabila Rasulullah s.a.w menyebut tentang ''halawah al-iman''fahamlah kita bahawa iman itu manis. Taat kepada Allah itu manis. Melakukan perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada Allah itu manis. Membaca Al-Quran, solat berjemaah, menghadiri majlis ilmu, qiamullail dan sebagainya, semua itu manis. Namun, kenapa sukar benar merasai kemanisan itu ?
Mungkin kerana hati kita sedang berlazat-lazat dengan maksiat sehinggakan maksiat itu terasa manis. Maka hilanglah lazat dalam ketaatan. Bahkan ketaatan tersa tawar dan pahit. Taat dan maksiat tak akan bertemu dalam situasi yang sama. Persoalannya, lazat sangatkah maksiat sehingga kebanyakkan kita sanggup memilih maksiat berbanding ketaatan. Terlalu banyak akibat maksiat yang akan menekan kita setelah melakukannya. Tika itu, masih lazatkah maksiat ?


Tidak memberi cahaya dalam hidup...
   Usia remaja seharusnya difokuskan untuk mempersiapkan diri dengan ilmu bersungguh-sungguh. Seterusnya proses menuntut ilmu itu berterusan sehingga ke liang lahad. Namun, jika hidup disibukkan dengan maksiat, adakah ruang untuk ilmu melekat ?
    Mungkin ada yang keliru, ''kenapa ada kawan saya ni, nampak enjoy je selalu tapi bila peperiksaan dapat cemerlang jugak ? Banyak tafsiran yang dapat di buat daripada situasi ini. Remaja itu mungkin tidak nampak bila kawannya belajar. Menjadi sunnatullah, sesiapa yang berusaha dia akan dapat. Walau bagaimanapun, sesiapa yang berusaha mendapatkan ilmu dalam keadaan bergelumang maksiat, ilmu tak akan memberi cahaya dalam hidupnya untuk mencapai kedudukan yang mulia di sisi Allah sama ada di dunia atau akhirat.
    Kalau betul pun kawannya cemerlang tanpa belajar malah sibuk dengan maksiat lagi, maka haruslah difahami bahawa itu nasibnya tika itu sahaja. Sikap itu tak akan menjamin kejayaanya pada masa akan datang. Sijil  yang bakal digenggamnya hanya melambangkan ilmunya sekadar teori tanpa kualiti. Tidak akan ada berkat. Tidak akan ada ke mana-mana. Jadi kenapa remaja harus memilih meniru maksiat ? Apakah perlu untuk cemerlang sepertinya dengan melakukan maksiat? Sah, kena tipu dek syaitan. Imam al-Syafi'i pernah mengadu kepada gurunya Waki' mengenai hafalannya yang terjejas. Waki' lantas menasihatinya ''Tinggalkan maksiat'' .



Disempitkan Hidup...
   Samada kita kaya atau miskin, jika kita suka berlazat dengan maksiat, hidup akan terasa sempit. Wahai remaja, adakah anda melihat seorang pemimpin berwibawa yang skandalseksnya terbongkar itu tenang hidunya ? Adakah si miskin yang mencari rezeki dengan mencuri itu tenang hidupnya ? Adakah artis terkenal yang bebas berkepit dengan mana-mana pasangan itu tenang hidupnya ? Tidak! Tidak! Jiwa mereka akan jatuh miskin dengan maksiat. Jiwa mereka gersang. Yang ada hanyalah kerisauan dan kesepian hati. Jika tujuh gunung emas dibentangkan di hadapannya, ia takkan mampu menjadi penawar terhadap kebimbangannya akibat daripada maksiat. Bukan sahaja Allah akan menghukum. malah di dunia lagi masyarakat akan menghukumnya. Tekanan akan lebih membunuh  jiwanya apabila ditikam perasaan terasing. Lebih-lebih lagi apabila keluarga dan rakan baik mula menjauhkan diri darinya. Dia tentu bertambah  sukar menghindari maksiat malah mungkin mencari penyelesaiannya dengan maksiat baru pula.
   Maksiat itu bukan sahaja menyempitkan kiwa malah menyempitkan harta. Dalam Musnad Imam Ahmad  diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: '' Sesungguhnya seseorang hamba tidak akan mendapat rezeki kerana dosa yang dilakukannya''. Jelas ketaatan itu melimpahkan kekayaan, sebaliknya maksiat mendorong kepada kefakiran jiwa dan harta. Bukan itu sahaja, penggemar maksiat akan menemui kesulitan dalam urusannya dan jalan buntu dalam banyak perkara.


Melemahkan Hati dan Badan...
  Kekuatan Mukmin adalah pada hatinya. Ia raja kepada anggota badan. Apabila hatinya kuat, maka anggotanya kuat dan tindakannya juga bermanfaat. Ahli maksiat, biarpun badannya kuat tetapi hatinya lemah dan sentiasa gelisah. Bayangkan kekuatan orang Parsi dan Rumawi yang tanadunnya sangat pesat dan memiliki kekuatan perang yang lenkap namun dapat ditundukkan oleh generasi para sahabat yang lebih kuat hatinya.Abdulah bin Abbas berkata: ''Sesungguhnya pada kebaikan itu ada cahaya pada wajah, sinar pada hati, kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai orang terhadap dirinya'' .
   Paling menakutkan, ahli maksiat akan dihukum Allah dalam bentuk lemah anggota badannya untuk melaksanakan ketaatan, terputus jalan-jalan kebaikan baginya dan kemudian mati dalam kemaksiatan. Sewaktu dibangkitkan kelak, diri pasti mengeluh kesal.
   ''Aduhai, sekiranya dulu aku berbuat sesuatu untuk hidupku sekarang ini'' ( surah al-Fajr 89:24).

   Sama-sama kita muhasabah semula diri kita...lihat sejauh mana kemaksiatan dalam diri yang masih menghalang dari kita untuk mendapat keberkatan dalam diri......Wallahualam....